Refreshing My First Time..

Tuesday, August 16, 2011


Assalamualaikum, Salam ramadhan :)

Lama nda menulis, terus lupa skil menaip secara marathon. Cis!

Yaa, Sila lihat tajuk. Tajuk merujuk kepada hari hari pertama si penulis. Motip aku tulis macam orang ketiga kan? Ceh!

Hampir sebulan aku duduk di TAWAU daerah umpama Indonesia ini. Banyak pengalaman yang best, yang kurang best, yang buruk, yang annoying ohemjay pun ada.

Refreshing The First Time.....

- First time jejak kaki di Tawau adalah pada tahun 2004. Masa tu ikut aktiviti sekolah dalam tilawah alquran. Very islamik ya au auuu. Then second time masa dapat penempatan PPW di sini 20hb julai lalu. Nasib baik ada kakak yang datang ambik di Airport dan bawa pegi makan di Highway. Masa sampai sana, siryes rasa macam ada di Indonesia. Kakak kakak yang ambik order pun cakap macam indon, lepas tu buka channel TV pun channel Bintang/Pelangi. Tak ka kau rasa Very indonesian? Terus guwa belagak macam pelancong dari Malaysia. Haha

- First time masuk Hospital Tawau, guwa bingung bingung. Hospital okay la. Tak besar dan tak kecil, tapi guwa boleh sesat. How baby HOW? Terpaksa text kawan.

" weh, aku di taman yang kerusi cat cokelat yang depan entrance yang tepi jalan bla bla bla ... "
" oh sana. okay "

See? kenapa derang senang ingat tempat? *nangis meratapi diri*

Lepas 2 3 hari di Hospital Tawau, guwa ingat guwa semakin hebat. Rupanya makin teruk. Kakak balik balik tunjuk jalan ini pegi sana, jalan ni pegi sini, etc tapi nan hado. Gagal ! Guwa rasa guwa ada disleksia. *cari dalam kamus lepas tu bagitau guwa maksud perkataan tu. Guwa main hentam tulis*

- First Time Guwa nampak semua kawan kawan sekerja guwa. Kenal kenal dengan derang, cerita itu ini, senyum senyum, ketawa ketawa, kenyit kenyit mata (sesama jantina okayyyy) dan semua semualah. Derang best! Walaupun baru jumpa tapi bila boleh cerita sama sama, senyum sama sama, ketawa sama sama, timbul satu perasaan macam " wahhhh, bestnya dapat di tawauu... " . Kejap kejap, rasa best di tawau sebab dapat kawan kawan semacam ini. Bukan sebab lain. Guwa masih kecewa kerana guwa rasa seperti di indonesia. Haha..

- First Time Kerja, guwa rasa kurang mencabar. Wahhhh! Sangat bongkak ayat kau dik. Sebenarnya guwa rasa macam kurang best sebab kerja Office Hour. Nanti orang lain balik pukul 2, kami kena tunggu sampai pukul 5. Tak ka kau sedih kalau kau tengok kawan kawan kau balik bawak beg senyum senyum lalu depan kau sampai dalam hati kau cakap " ah annoying gila ni budak kau ingat kau sorang boleh balik? " . Guwa rasa macam setahun tunggu sampai pukul 5 waktu tu. Tapi lama lama, bila sudah biasa, guwa rasa macam, "Alaaa... Pukul 5 ka sudah? aku ingat baru pukul 9 pagi ". Yang ni lagi annoying kan? Hahaha..

- First Time Makan di Cafe Hospital. Lepas makan cirit birit. Patutkah guwa salahkan makanan itu? Atau perut guwa yang very American tak boleh terima makanan melayu ini? *ops* Cirit birit sehari sampai terpaksa ambik lomotil. Nasib baik ada stok. Syukurr :)

- First Time rasa dikecewakan. Ohemjayyy :( Mungkin sebab guwa terlalu jujur atau sebaliknya.

Sekian untuk 16 augustus 2011.

To be Continue..







0 Kesalahan: