Random 13#599

Monday, March 26, 2012

Personal matter makes me high. I should bear in mind that I have to trust nobody! Bangang bagi harapan setinggi gunung untuk langkah seterusnya ( if u know what i mean ) tapi akhirnya terkapai sendiri sendiri. Kalau dapat tampar seorang dua bagus jugak ni. Hilang sikit rasa mengaus. Ada yang sudi?

Another personal matters to be highlight. I hate a long distance relationship, but as long as I can defend it myself, I will! Tak kira kau jauh di Arab Saudi sana. Paham tak?

Kursus ACLS buat aku serabut. Orang ambik masa 6 bulan untuk lulus kursus ni, aku cuma ada 2 hari untuk lulus. Kalau failed buat malu jabatan senior kata. Aku cuma mampu doa dalam hati agar lulus. Pray everyone!

Cuti bulan 4 dibekukan untuk akreditasi. Menyampah! Baru ingat mau balik kampung sehari dua. Ptuih!

Blackberry punya skrin ada garis hitam. Kurang seminggu jadi hitam la semua. Tengah miskin macam ni jugak baru dia terhegeh hegeh hitam. Nasib baik bukan kaler pelangi. =.="

Duit dalam ASB tidak bertambah bulan ini. Keperluan yang meningkat menyebabkan aku terover bajet dan miskin di awal bulan. ASB pun sama. Cuba la beranak pinak sendiri dalam sana. Takkan tiap bulan aku kena bagi vitamin baru kau nak beranak?

Akaun facebook tertukar jadi timeline. Memang si makzukebek ni suka cari gaduh. Aku bukan main elak itu benda, tiba tiba dia murah hati tolong tukar. Apa ada hal?

Berat badan bertambah lagi. Baju uniform sudah patut tukar. Seluar jangan cakap. Pakai duit lagi =.="

Jerawat tumbuh bermaharajalela di atas muka. Mungkin dia ingat muka aku ni kuih donat yang banyak gula. Sebab tu dia bukan main rancak tumbuh sana sini. Lepas ni pakai sabun mandi la cuci muka. Biar jerawat jerawat semua binasa.

Bulan 9 aku ingat mau cuti seminggu. Aku ingat mau kawin masa tu. Siapa siapa yang free, datang la.


Sekian minit mesyuarat saya.

0 Kesalahan: