Pujangga

Monday, January 26, 2015


Jika kau tak lupa janji,
Aku pasti kau ada di sini.
Jika kau tak lupa usaha,
Aku pasti kita sedia bersama.

Kau bilang..

Walau aku tak mampu jadi Sirius,
Sekurangnya aku mampu jadi Polaris.

Dan nyata..

Hidup benar benar menguji diri,
Kerana kau tampil begitu meninggi diri.
Hidup benar benar untuk buat keputusan,
Kerana yang kau ambil, begitu menyeksakan.

Moga bahagia sentiasa bersama,
Walau kita tiada bersama.

Dan,

Kuatmu moga menjadi teman,
Agar aku mampu bertahan.


ayu;
hujan.renyai.januari.26






0 Kesalahan: