manusia Pendosa

Friday, February 27, 2015

Manusia selalunya mudah berubah. Cepat. Terlalu cepat.


Hari ini dia kata dia suka, esok lusa dia kata tak suka, tulat mungkin dia kata dia benci.

Itu semua masing masing punya rasa.

Cuma,

Padahnya menjadi manusia begini ialah; tiada siapa akan ada di sisi.

Bukan kerana mereka tak suka. Bukan kerana mereka benci.

Mereka cuma takut. Takut akan hakikat, kau pasti tinggalkan mereka, walau mereka telah sedaya upaya.

Dan, yang pasti kau tinggal mereka bukan kerana ajal.

Manusia Pendosa, moga terbuka hati.

0 Kesalahan: