sakit

Thursday, September 22, 2011

Sudah 4 am dan mata masih belum boleh lelap. Serasa macam ada yang terbuku di fikiran yang sukar diluah dengan kata kata. Hanya dengan tulisan mungkin.

Semalam 21 haribulan. Tiada hari yang istimewa waktu itu. Yang ada cuma air mata tanda kecewa, juga gembira. Yang banyak aku kira air jernih.

Hari ini 22 haribulan, dan hari ini aku nekad untuk ingat hari semalam. Hari yang buat aku sampai sekarang masih belum tidur. Hari yang kasar. Hari yang berat. Hari rabu!

Aku pegang dada, aku dapat rasa degupan jantung laju. Aku jangka dalam 130 beat per minute. Aku pegang pipi, aku dapat rasa air panas mengalir. Lap dan mengalir dan lap lagi. Aku genggam kedua tangan, aku tunduk dan waktu itu, aku dapat rasa batu hempap belakang aku. Berat, sakit!

Aku bangun, capai telefon, cakap dan tewas lagi. Tewas dengan penipuan. Tewas dengan permainan. Tewas dengan kata kata manis.

*tarik nafas*

Aku hilang dia lagi sekali. Mungkin Tuhan benar benar mahu tunjukkan bahawa dia bukan tercipta untuk aku.

Sakit cuma aku yang merasa. Yang lain cuma menjangka. Aku tahan, dan aku minta agar hati aku tahan.

Tahan sampai bila bila. Biar hilang rasa sayang, cinta, semua.

Sekali lagi, penama blog ini jatuh. Terima kasih semua :)

0 Kesalahan: