berubah.

Friday, September 23, 2011

Hari hari aku catit sesuatu untuk diri sendiri, juga buat sesiapa yang merasa sama macam aku. Yang merasa seperti manusia biasa. Yang merasa gembira itu, sedih itu, bahagia itu, juga derita itu.

Manusia ini sama, tapi perangai beda. Ada yang dalam baik, luar juga baik. Ada yang dalam baik, luar persis syaitan. Ada yang dalam jahat, luar seperti malaikat. Semua beda. Tiada sama!

Aku punya teman yang baik. Aku kira baik luar dan baik dalam. Aku kira boleh jadi pembimbing aku walau di mana aku ada. Aku kira boleh jadi teman bicara walau aku sedih, gembira, semua.

Hati terus senyum bila dengan manusia ini. Masa masa pergi dengan kehadiran dia. Sehari hilang kontek rasa semacam hilang semangat.

Waktu itu, rasa takut kehilangan amat tinggi. Aku doa dalam hati, aku minta dengan Tuhan, biar aku rasa bahagia dengan manusia ini. Biar aku rasa hidup dengan manusia ini. Biar beri aku peluang.

Tiap malam akhir ini, tubuh automatik jadi lemah, mata automatik pedas dan berair bila tiada pesanan ringkas, tiada deringan telefon dari manusia ini. Perasaan hati kuat mengatakan ada sesuatu jadi. Aku bukan putus asa malah terus buat panggilan, terus hantar pesanan ringkas, sampai akhirnya aku perlu tunggu dan tunggu.

Air mata masih mengalir, dan terus mengalir.

21 September. Tarikh ini aku biar hangat dalam minda aku. Aku biar terus lekat dalam otak fikiran aku.

Aku fikir aku sudah cukup setia. Aku fikir aku sudah cukup jujur. Aku fikir aku sudah cukup berubah. Aku fikir aku sudah cukup matang.

Mungkin kerana ini Tuhan tidak mengkabulkan doa aku. Mungkin kerana ini, aku resah sepanjang minggu. Mungkin kerana ini, hati aku terus sakit.

Manusia ini, yang aku anggap istimewa dalam hidup aku rupanya masih belum terima aku seadanya. Manusia ini yang aku kira paling hebat, rupanya masih belum jujur dengan aku.

Manusia ini rupanya perlu orang lain, dan bukan aku.

Sedih itu normal. Sakit itu normal. Kecewa itu normal. Ini aku pegang dalam diri.

Bagi aku masa, dan InsyaAllah aku bisa jadi seperti biasa. Bukan dengan sesiapa, tapi dengan diri sendiri, dan keluarga yang paham. Keluarga yang tidak pernah berpaling tadah dengan aku untuk orang lain. Keluarga yang setia dengan aku. Yang jujur dengan aku.

0 Kesalahan: