decision

Friday, October 7, 2011

Buat keputusan yang besar bukan benda yang mudah, kalau ianya berkaitan dengan hidup kau sepenuhnya.

Buat keputusan bukan bererti kau sudah tentukan sesuatu yang betul, tapi kau cuba cari jalan yang terbaik untuk dapat apa yang kau rasakan betul.

Buat keputusan bukan kelebihan saya, tapi itu tujuan hidup sebenar.

Semalam saya buat satu keputusan yang saya kira berisiko tinggi.

Semalam saya capai satu titik dalam minda saya untuk teruskan apa yang hati saya ingin.

Semalam saya tubuhkan satu benteng yang kuat, bukan untuk siapa siapa tapi untuk diri saya sendiri.

Semalam saya bertambah yakin bahawa hidup perlu terus walau waktu itu kau jatuh terjelepuk di bumi cokelat.

Semalam saya fikir dalam dalam, dan saya rasa tiba masa untuk selesai semua dengan diri sendiri.

Semalam saya termenung, dan nangis lagi sekali. Bukan kerana sedih, tapi kerana bangga dengan diri sendiri.

Semalam juga, saya sedar, dan saya tahu, saya sudah buang ego saya jauh jauh, sampai tahap kosong.

SELAMAT JALANI HIDUP BARU YANG PASTI BEDA DARI SEBELUM INI.

0 Kesalahan: