Its all about time and effort.

Saturday, October 8, 2011

Sudah cecah dua hari, dan Alhamdulillah tiada masalah. Walaupun nampak saya seorang yang beri 100 peratus usaha ke arah ini, dan dia cuma 20 peratus, tapi tidak apa. Saya jujur untuk teruskan.

Sudah cecah dua hari, dan Alhamdulillah hati gembira. Walaupun tiada mesej atau call, tidak apa. Saya jujur untuk teruskan.

Sudah cecah dua hari, dan Alhamdulillah perasaan sedih makin kurang. Walaupun rasa ingin menangis, tapi saya perlu tahan kerana saya jujur untuk teruskan.

Sudah cecah dua hari, dan Alhamdulillah saya masih boleh bertahan kerana saya jujur untuk teruskan.

Sudah cecah dua hari, dan hari ini, saya pilih untuk diam. Bukan macam kelmarin dan semalam. Bukan tanda protes atau selainnya, tapi untuk beri dia masa. Untuk beri dia waktu, dan buat keputusan yang sebaiknya jika benar dia perlu teruskan ini. Saya akan tunggu kerana saya jujur untuk teruskan.

Kalau positif yang saya terima, Alhamdulillah Ya Rabb!
Kalau negatif juga yang saya terima, Alhamdulillah Ya Rabb!

Siapa saya untuk melawan semua dariNya?

:)

0 Kesalahan: