Majlis dan soalan..

Friday, December 23, 2011

Itu hari tanggal 2 dan 3 kakak guwa kawin di kampung. Guwa yang berada di Indonesia ni mestilah wajib minta cuti dengan bos kan. Guwa ni orang penting. Kira kalau guwa tiada semua tak setel. Hebat tak hebat penangan guwa?

Kakak nikah 2hb, guwa balik kampung 1hb. Itu pun dekat malam baru sampai. Masa sampai guwa nampak semua orang sibuk buat itu ini untuk persediaan esok hari. Itu semua guwa tak peduli, yang guwa ingat masa tu guwa cari mama dengan bapa guwa, mau salam peluk cium depa. Betapa anak solehah guwa masa tu. Masih tiada yang mahu anak solehah macam ni? =.="

Sambung balik. Di mana kita tadi? Ok, majlis kawin kakak guwa tu memang meriah guwa bagitau kau orang. Walaupun masa nikah tu hujan, tapi semua terkawal dan berjalan seperti yang dirancang. Masa majlis sanding lagi meriah dengan cuaca yang baik, dengan kedatangan orang orang jemputan yang bawa hadiah besar besar ( tamak haloba sangat ), dengan persembahan tarian dari adik adik kecil, remaja remaja dari sekolah mana guwa pun kurang pasti, dengan persembahan silat anak anak kecil, dengan sistem karaoke yang hebat, hidangan yang lazat, layanan yang istimewa dan dengan senyuman yang sentiasa ada di bibir tuan rumah, memang cukup pakej guwa rasa. Memang semua seperti yang kami harapkan.

Berbalik kepada tajuk saya di atas yang bertajuk majlis dan soalan ( apa hal ayat guwa macam minta terajang? )

Ok, guwa suka bila ada majlis majlis di rumah guwa. Masa tu guwa akan nampak makcik yang duduk tersorok dekat hujung kampung, yang sibuk dengan jualan tupperware dia, yang pendiam, semua semua la datang tolong siap dengan pisau dia sekali. Ala, potong potong cili merah pun jadi la. Tapi selalunya makcik makcik ni tugas dia potong sayur, potong ayam, potong daging, masak memasak. Bagi ja dekat depa, tau la depa buat cemana. Yang anak dara ni pula tolong blender bawang, potong kentang, lap piring, gelas, mangkuk semua, sambil sambil tu gosip kena ada. Baru rasa penat hilang orang kata. Yang adik adik kecil tolong pungut sampah dekat luar rumah. Yang lelaki pulak sibuk atur meja hidangan, meja tetamu, meja letak air, meja lap piring, semua semua yang berkaitan dengan meja la senang cakap.

Ok, itu semua benda yang guwa suka bila ada majlis di rumah guwa. Ada satu benda yang guwa kurang suka. Biasalah bila ramai ramai berkumpul, cerita cerita, mesti akan timbul macam macam soalan. Soalan yang paling basik dan wajib kena ada ialah soalan " kau bila pula ayu? Mesti lepas ni kau kan?"

Ada satu masa tu guwa tengah tolong makcik ni masak 'kelupis' di dapur. Tengah sibuk sibuk masak tu tiba tiba makcik tu tanya guwa.

" Ayu, boyfriend kau macam mana sekarang? Bila dia mau datang sini? "

Terus hilang semangat guwa mau tolong dia masak. Tapi sebab dia punya muka minta jawapan tu buat guwa kesian, guwa jawab jugak soalan dia.

" Nda tau lagi babu. Kalau ada rezeki dia datang la "

" Kau ok ka dengan dia? "

" Sekarang nda berapa okay la. Kalau ada jodoh dengan dia, ada la. Kalau tiada, mau buat cemana kan "

" Yalar. Kalau ada iodoh ada la,kalau tiada nda apa. Kau cari orang sabah saja lepas tu. Cukup la kakak kau yang satu tu ja kawin dengan orang jauh "

" Owh. Ok "

Terus guwa berlalu pergi takut soalan lebih dasyat guwa dapat.

Ada satu masa lagi, tengah rehat rehat dekat kusyen dengan kawan kawan dan makcik makcik.

" Ayu, mesti lepas ni kau kan?"

" Saya belum ada harta, macam mana mau kawin"

" Aik, itu lelaki yang urus. Yang penting kau ada kerja okay sudah "

" Nda la babu. Kalau saya harap lelaki ja pun nda boleh tu. Mana tau saya kena kasi tinggal, sekurang kurangnya saya ada harta sendiri"

"Yalah. Tapi kalau kau mau kawin awal pun ok juga. Ada sudah boifren kau kan?"

" InsyaAllah la babu. Ada jodoh saya kawin la "

Terus guwa cuba cuba tukar topik kepada yang lebih best.


Guwa rasa guwa masih terlampau muda untuk kawin. Bil telefon guwa pun kadang kadang bapa guwa yang sponsor, ada hati mau kawin awal. Duh!

Guwa cadang lepas guwa dapat bmw satu, rumah banglo 5 tingkat, lepas tu guwa jadi alim sikit, baru guwa kawin. Sekarang ni semua masih mimpi. Ala, macam cerita biar mimpi sampai ke bintang tuuu..

:)

0 Kesalahan: