Sembang Laju..

Thursday, December 22, 2011


Ini cerita beberapa bulan lalu. Masa ni guwa dalam proses baik pulih mental dan fizikal. Mat saleh kata recovering phase. Ayat macam gampang! =.="

Ok.. Ok..

Fasa penyembuhan guwa ni makan masa yang agak lama. Dekat berbulan bulan juga guwa rasa. Ala, macam kau tak pernah rasa putus cinta. Lebih kurang macam ni la. Kau bercinta dengan satu lelaki yang kau sayang sikit punya tinggi. Kira dia la orang kedua yang kau sayang lepas famili kau. Setiap hari kau duk mesej dia, duk kol dia, webcam tiap minit, 3g tiap jam, tup tup kau dapat tahu dia ada perempuan lain. Masa tu yang kau fikir tak lain tak bukan salahkan diri sendiri sebab bagi 100% kepercayaan dekat kelaki tu. Masa tu baru kau sibuk kata allah first, famili seken =.="

Lari tajuk..

Guwa perasan lepas benda yang jadi beberapa bulan lepas, guwa jadi keras hati. Guwa jadi makin hati hati, guwa dapat balik ego guwa. Mungkin langkah berjaga jaga untuk diri guwa sendiri. Kira antibodi la kan?

Kalau ada kawan guwa sibuk kenenkan guwa dengan lelaki lain, guwa fikir 200 kali, lepas tu guwa kata, no thanks. Berdarah telinga kawan dengar guwa punya mat saleh sikit punya eksen. Tapi hakikatnya, tiada siapa yang inginkan guwa. Setakat kuli di tempat kerja, apa lah sangat dibandingkan dengan pensyarah psikologi university =.=". Perlu guwa nangis berdarah, hentak hentak kaki minta mama tolong cari bakal suami pensyarah?

Lari tajuk lagi..

Guwa rindu menulis sebenarnya. Semua skil hilang lepas pakai menatang tacskrin ni. Terus rasa down sebab bodoh IT. Tapi sekarang, guwa kembali bergaya penuh kontroversi dengan entry bangang lagi gampang! =.="

Apa hal guwa rasa cool bila buat emoticon ni? ----> =.="

Hahaha..

Ok, nanti guwa sambung lain
.

0 Kesalahan: