Membazir?

Sunday, May 6, 2012


Assalamualaikum.

Tajuk macam apa ja =_=".

Okay, this is the intro. Everyone have their own things that they wanted and they needed for in their life. Either its important or not, depends on them. Termasuklah gua yang tamak haloba ini. Pfffttt!

Semalam dalam pukul 3 pagi gua terbangun dan nampak ada mesej dekat henpon cap ayam gua. Buka dan baca, nampak ini.

" Eh, aku jumpa flash kamera lumix yang high resolution punya. Harga dalam 2k ja. Want?

Macam cilaka gua rasa. Dia tak paham ka gua baru balik kursus dan dia telah mengganggu tidur gua? Tapi lepas baca mesej dia, gua segar tak boleh tidur sampai sudah. Gua balas.

" lahanatttt kau macam besok tengahari kau xboleh bagitau? Ok, book! "

Dia balas dengan ayat ugutan.

" Ah kau. Aku bagi orang baru tau. "

" Simpan gampang! "

" Ahaha. Tau pun kau. Okay, pegi sambung tidur."

" out! " 

Ini gua dengan kawan gua. Kalau mesej tiada perkataan "cilaka" , "jahanam", "lahanat" memang tidak sah. Kalau orang baca atau dengar mesti akan fikir " wadehel ini perempuan cakap serupa jantan, xsopan, bla bla bla " . Ah kau! Gua tengah cuba jadi sopan ni. Errr..

Lepas tu terus aku berjaga sampai pagi sambil sambil baca buku " To Couples ". Ah, best ini buku. Gua teringin jumpa Author dia. Mesti dia dengan suami dia hidup bahagia sampai sekarang. Ah, jelesi!

Okay okay lari tajuk.. Sambung balik.

Gua sebenarnya selalu terfikir pasal diri gua. Apa yang gua perlu dan gua ingin dalam hidup.Kadang kadang gua rasa terlampau membazir bila beli benda benda yang gua rasa kalau tiada pun boleh hidup. Tapi kadang kadang gua rasa bosannya hidup bila tiada benda benda yang gua mahu. So, mau pilih mana? Haih!

Dulu eksaited beli gitar sebab konon minat. Harga bukan main lagi masa tu. Terpaksa ikat perut setahun baru dapat beli. Masa tu masih student jadi rasa macam apa hal laaaa lambat betul kerja. Kalau kerja ada gaji, boleh beli senang senang tak payah ikat perut. Lepas dapat gitar bukan main lagi petik petik tiap hari. Sekarang bila kerja, gitar letak belakang pintu. Nampak pun bosan. Tiada feel untuk main. Bila tiada feel, mula la rasa membazir beli. Bagus simpan dalam asb, etc. Apa hal kan?

Lepas tu beli BB. Masa tu BB tengah up. Sesiapa ada BB memang dia paling cun. Masa tu iPhone pun tolak tepi. Sekarang? Orang pilih pakai 3310 daripada BB. Wadehel?

Lepas tu, teringin beli SLR. Ah, bukan main lagi kumpul duit tiap bulan, minta sponsor dengan orang, puasa ganti konon padahal sebab takmau pakai duit banyak, etc. Bila dapat rasa macam apa hal la beli kamera ni. Bagus beli kamera tu, bla bla bla. Terus rasa membazir =_="

Lepas tu beli lens SLR lagi. Duit lagi. =_="

Lepas tu, teringin ada iPad. Konon kalau ada menatang tacskrin ni senang sikit boleh bawa pegi mana mana, online mana mana, etc. Bila sudah ada, iPad letak bawah bantal. Mengadap lappy jugak akhirnya.

Lepas tu beli lens lagi. Konon mau upgrade lens. Duit duit duit dan duit lagi.

Semua benda gua beli masa tu tak rasa membazir langsung. Cuma sekarang rasa apa hal laaaa dulu sebelum beli tak fikir panjang. Kan duit duit tu semua boleh simpan untuk persediaan kawin nanti. Kan?

Tapi nasi sudah jadi bubur. Benda sudah jadi, apa hal kau menyesal sekarang? Jadi gua terfikir, lepas ni kena kawal sikit perbelanjaan gua. Gua kena plan apa yang gua perlu dan yang gua mahu.

Jadi, apa sebenarnya yang gua perlu dan bukan sekadar mahu?

Here's the lists go.

1- Kereta. Tolong booking minicooper untuk gua. Nanti sampai masa gua ambik. Boleh macam tu?

2- EOS 5D mark iii. Ah.. Tunggu beberapa hari lagi. ( over kau! )

3- iPod touch. <----- Ini pun kau masukkan dalam list? Wadehel?

Okay, cukup 3. Tak payah banyak. Tapi yang 3 di atas ni pun macam tak perlu saja. =_="

Tsskk. Cukup la dulu.

p/s : Gua rindu famili. Tiap kalu kol mama rasa sedih. Mesti dia mengadu sakit. Get well soon mamita! Will visit u next week :)

Salam A'alaikum.



1 Kesalahan:

Cik Mar said...

hoit macik... dah lame tak bace blog anda... hahaha...